Pages

Quote

“Happiness depends upon ourselves.”
Aristotle

Wednesday, March 17, 2010

What happened on my birthday this year ;P

Argghhh!
Tertidur pula!
Kalau aku stay up sampai pukul 12 mesti parents aku tiba-tiba masuk bilik nak wish Happy Birthday... Tu la yang terjadi tahun lepas ;P

MALANGNYA...
Aku terluka hati dek adik aku dan tertidur terus dalam bilik.
Aku terjaga pukul 2. Apa lagi? Online la!!!

Sedihnya... tak ramai yang online. Adam Hussain pun tak ada ;(
Tapi gembira la jugak sebab mana pernah orang berpusu-pusu post kat wall profile Facebook. Hehe.

Pagi tu, aku dan adik-adik semua bersiap-siap. Aku dah tau dah nak pergi mana... PETROSAINS!!

Hahaha!!! Macam budak-budak je ;P
Aku punya la teruja sebab... Afiq kerja situ!!! hahaha. Athirah sahabatku juga kerja kat situ >.<

Sumpah, aku memang excited bila jumpa kawan yang tengah bekerja macam aku jumpa Adibah dan Dayah masa diorang kerja kat Tized.

Apa-apa pun, hancur luluh hati bila tahu, Afiq tak kerja hari tu! Argh!
tak apa... tak apa... masih lagi ada Athirah. Haha

Aku dapat first present pagi tu. Purse baru... WOOT!!! CANTIK SANGAT!!! haha.

Tetapi, pagi itu aku agak kelam kabut nak bersiap sampai... Telefon bimbit tertinggal dan... SALAH PAKAI TUDUNG!!!

Memang kesalahan besar tu! tak boleh dimaafkan!

Huh. Sampai je kat Petrosains, aku and family (without ayah aku yang tengah bekerja kat menara berkembar nih) terus masuk entrance dia.

Mula-mula kat entrance nak masuk tu, kene naik ride macam roller coaster yang diorang panggil Gondola. Ada la jejaka ni yang jaga entrance tu. Aku pun... Ehem ehem.

Wow! Macam Afiq la stail dia! Tapi dia lagi comel kot XD

Lepas naik gondola tu, baru la betul-betul kat sampai dalam Petrosains!! haha XD
Serius, macam budak-budak je aku excited.. =_=

Tapi yang sengalnya... AKu begitu bersusah payah cari Athirah!
Sampai la nak balik, aku rasa resah gelisah je. Athirah dah cakap, suruh aku bagitau dia tapi aku tertinggal telefon!

Balik je rumah, aku tengok aku ada 8 miscalls. Ish, siapa la rindu sangat ni XD
Aku mesej Athirah, rupa-rupanya dia masuk kerja pukul 1!
Sedangkan aku masuk Petrosains pukul 11pagi!
Memang sengalan.



vroom vroom......

Redha je la jadi hidangan Dinasour ni. Weh, sedap ooh dinasour ni nyanyi...

Cakk!!!

8 comments:

faradibanati said...

Afiq n athirah mne?

-Farah-

Afiq Asri. said...

aku dh tanya athirah
that guy you met at the gondola,
dia budak saser, result spm 9A+ 1A
close friend dgn aku
sangat bijak, mahu berkenalankah? wahaha :D

Amigas said...

sedih
org call dia byk kali
x menjadi terus plan kite
huh.

-aniss-

Unknown said...

la.. patut la.. aq dh suoh ko msg aq.. huhu.. kalo x blh entertain ko..haha... tp lirik dino nyanyi 2 aq dh hafal da.. haha.. dh boring aq mendgrnyer.. huhu.. takpe2.. karang bufday adik ko.. ko dtg petrosains agy ye.. hihi

- athirah cm -

hypersyaza said...

farah,

afiq asri n athirah mane ntah XDDD

haha athirah kat tusiyen ceria maju la.. ;P

hypersyaza said...

afiq,

adoi... rasa rendah diri gler ni.. x jadi la nk berkenalan. haha XD

hypersyaza said...

athirah,

ala, bukan ke ko masuk kerja pkul 1??

memang xde jodoh kte nk jumpe la.. huhu

haha tgk la bila lagi boleh pegi..

hypersyaza said...

sorry anis... tertinggal hp ;P