Pages

Quote

“Happiness depends upon ourselves.”
Aristotle

Sunday, May 2, 2010

Its eating ma BRAIN!!!!

Kecoh je tajuk. Bukan ada apa-apa pun.
Haha tajuk sebenar mungkin "There's insect in my HEAD!!!"

Begini... Semalam Syaza kat kampung.
Sedang Syaza nyenyak tidur, tiba-tiba Syaza terjaga sebab rasa sesuatu kat telinga.
Syaza terduduk senyap. Syaza dapat rasakan "benda' tu makin ganas bergerak dan memang sedang masuk ke dalam telinga Syaza!!!!

Syaza rasa macam berda berkepak masuk dalam telinga!
Syaza dah cuak. Takut sangat kalau "serangga" tu masuk dalam telinga dan tak keluar-keluar.

Arghhhh!!!! Benda tu memang masuk dalam telinga Syaza!!!
What should I do!

Kalau cuba nak tarik dia keluar, karang lagi tertolak ke dalam!!!
Masa tu, Syaza tahu Syaza perlukan bantuan.

So I screamed.
I shook my head vigorously and screamed again. Bukan high-pitch punya scream ekk tapi cuma jeritan "ahh" yang agak kuat untuk kejutkan semua orang yang tidur kat situ. Adik-adik Syaza pun terjaga. Dia orang takut tengok Syaza. Dia orang ingat Syaza mengigau. Adik Syaza pun ikut jerit sama XD

Mama dan Abah pula terjaga. Berkejar-kejar dia orang nak tengok Syaza.
Mama tanya kenapa kat Syaza.

"Ada macam serangga masuk dalam telinga!"
Nenek menyampuk. "Pergi ambil minyak. Taruk dalam telinga dia."

Masa tu pukul 1.45 pagi tau.

.........

Tak lama lepas itu, Mama nampak sesuatu dan tarik "benda" tu.
Ke...Kerengga??!!!!!

Syaza macam tak percaya je sebab Syaza rasa benda tu berkepak.
Mak cakap, "Memang la rasa berkepak sebab kaki dia bergerak."

Syaza tak puas hati lagi. Syaza duduk diam sekejap. Syaza tak rasa dah benda tu dalam telinga.
"Harap-harap la benda tu memang dah keluar."

Syaza pun sambung tidur lepas tu. Sekian XD

p/s: Mama betul-betul masukkan minyak masak dalam telinga Syaza =.=

3 comments:

Diaries said...

dahsyat nye syaza...kerengga masuk dlm telinga..kalo kte jadi awk kte dh freak out terpekik satu kampung..haha..

-adibah-

syazaza ;] said...

kte ingat serangga mcm kupu2 yg masuk.. sbb rasa benda tu berkepak2 masa dia bergerak.

Diaries said...

wah... dasyat. dh x mlawat blog kteorg ke?

-farah-